Membina Blue Print Kejayaan


Motivasi pelajar untuk belajar dapat dibangunkan melalui 3 cara iaitu dengan adanya impian, penguasaan skill belajar dan berfikiran positif dalam kehidupan. Adakah anda pernah atau sedang mengalami simptom-simptom seperti merasa bosan dan lelah ketika di guru mengajar, harus belajar pelajaran yang tidak disukai dan sukar difahami atau anda sudah sampai tahap untuk berhenti sekolah kerana lebih rela duduk di rumah menonton TV dan bermain game sahaja? Kalau anda sudah mula mengalami tanda-tanda seperti ini, maka cepatkanlah tindakan anda untuk membaca artikel ini sebaiknya.


Pertama sekali, bagi membangunkan motivasi dalam diri anda sebagai seorang pelajar, anda
perlulah memiliki impian. Bagaimana? Impian yang benar-benar anda ingin kecapi dan harapkan sejak sekian lama. Impian yang mana akan membawa kepada perubahan kepada kehidupan anda menjadi lebih baik. Ia tidak akan terlaksana tanpa sebarang tindakan daripada peringkat awal. Pelajar yang memiliki impian akan lebih termotivasi untuk belajar kerana wujudnya pendorong di sisi. Walaupun, kadang-kadang apa yang dipelajari di sekolah tidak akan selamanya membantu seseorang untuk merncapai impian mereka, tapi jangan putus asa dahulu sebaliknya jadikan impian anda sebagai sumber inspirasi anda sendiri. Kata orang “Belum cuba, belum tahu tapi kalau dah cuba baru tahu”. Jika ada antara ada yang impiannya untuk memiliki wang berjuta-juta ringgit, rumah, berjawatan besar dan lain-lain, maka anda akan berusaha untuk mahir dan belajar dalam ilmu-ilmu berkaitan seperti kewangan dan mencari pendapatan yang besar.
Kedua, kuasailah skill-skill belajar yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Teknik-
teknik belajar kini semakin hari semakin bertambah, terpulang kepada diri anda dalam menilai mana yang terbaik dan efektik untuk digunakan. Dalam belajar perlu kepada perkara-perkara yang menyeronokkan dan tidak membebankan diri dan otak. Jika skill yang anda gunakan adalah terbaik dan bersesuaian dengan diri, maka keseronokan dan motivasi dalam diri akan hadir untuk belajar bersungguh-sungguh. Skill belajar kadang-kadang diperkenalkan kepada pelajar melalui kauselor, malahan melalui jemputan penceramah luar yang berpengalaman ataupun anda boleh mengesannya melalui carian sahabat kita masa sekarang iaitu melalui carian internet. Jadi tidak ada alasan lagi mengatakan “Saya tidak tahulah skill-skill belajar ni, lecehlah nak belajar kena ada skill-skill”. Kata nak capai impian, kenalah berusaha untuk berjaya.
Ketiga, fikirlah positif dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar di sekolah mahupun di
mana-mana sekalipun. Ramai pelajar yang malas disebabkan oleh cara pandangan meraka yang salah tentang belajar dan tempat belajar mereka sendiri. Yang beranggapan bahawa sekolah membosankan dan membebankan akan mendorong sikap malas muncul dalam diri. Berbanding dengan yang berfikiran bahawa ke sekolahlah yang akan mendidik dan membentuk seseorang itu dalam mencapai impian. Jadi, menurut anda sekolah yang anda pergi sekarang ini seperti apa? Adakah ia membosankan atau menyeronokkan. Terpulang kepada anda dalam mempositifkan diri sendiri bermula sekarang. Jika ianya masih negatif, semaklah semula diri anda, apa yang diimpikan dalam kehidupan ini. Adakah nak berjaya ataupun mengharapkan belas kasihan orang semata-mata sahaja. Manusia yang berakal perlu kepada ilmu dan akhlak yang berkualiti. Semoga Maju Jaya!