3 Teknik Memberi Pujian


Pujian? Siapa yang tidak suka dipuji? Boleh dikatakan ramai di dunia ini yang suka untuk dipuji, tapi untuk memuji dengan ikhlas susah pula nak jumpa. Ya tak?
Maka, dengan adanya beberapa teknik ini dapat membantu kita semua meningkatkan daya komunikasi kita untuk memuji dengan cara yang baik dan berkesan. Melalui pujian lah dapat membantu seseorang itu meningkatkan keyakinan diri, motivasi dan menaikkan semangat seseorang itu.
Jadi tidak salahlah kita membantu seseorang itu agar bersemangat untuk belajar mahupun dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan hanya melalui dengan pujian sahaja. Bak kata orang “Tolong-menolong amalan yang mulia”. Jangan pula pujian yang membinasakan seseorang pula ya.


Ketulusan dan Keikhlasan
Setiap pujian mestilah dengan penuh ketulusan dan keikhlasan. Jika pujian yang diberikan adalah palsu, ianya akan meninggalkan kesan buruk kepada pemuji dan orang yang dipuji seperti pujian yang tidak sepadan dengan situasi pada masa itu. Ianya boleh dianggap sebagai pujian yang berbentuk perlian (mengejek).
Orang kata, jika pujian yang diberikan tidak ikhlas, amat mudah untuk dikesan dan diketahui. Maka, berhati-hatilah dalam memuji agar tidak menguris hati mana-mana pihak. Apabila memuji juga, cubalah untuk menatap mata orang itu bagi membuktikkan ketulusan dan keikhlasan daripada diri kita. Kan dari mata turun ke hati.


Masa yang Bersesuaian
Seseorang akan terkesan apabila pujian diucapkan pada masa yang tepat dan bersesuaian. Sentiasalah memastikan pujian adalah bersesuaian dengan situasi sebelum ianya diucapkan. Contohnya, guru memberi pujian di hadapan rakan-rakannya pada waktu itu juga mengenai prestasi pelajar itu yang berjaya menguasai bab dalam mata pelajaran itu. Berbanding, menangguhkan pujian itu pada keesokan harinya. Majikan memberikan pujian kepada pekerjanya yang cemerlang dalam sidang mesyuarat.
Apabila ditangguh sesuatu pujian yang sepatutnya diucapkan waktu itu,  secara tidak langsung ia akan mewujudkan tanggapan bahawa pujian itu hanyalah ucapan semata-mata tanpa adanya ketulusan lagi. Manakala, bagi pujian yang diucapkan pada tempat yang sesuai sepertimana di dalam kelas atau di khalayak ramai, secara tidak langsung akan mendorong orang lain juga untuk termotivasi atau cuba untuk melakukan perkara yang sama sepertimana orang yang dipuji atas hasil kerjanya itu.
Jadi, bila nak puji seseorang itu biarlah kena pada tempat, masa dan situasi barulah yang mendengar terkesan dan bersemangat. Pujian bagi tujuan motivasi untuk diri tidak mengapa, jangan timbul pula perasaan riak dan bangga diri ya. Tidak bagus untuk kesihatan mental, rohani dan jasmani.

Mecari Sesuatu Untuk Dipuji
Nak memuji seseorang perlulah berdasarkan kepada perkara-perkara tertentu. Cari, kenali dan selidiklah seseorang itu agar kita lebih mengetahui akan kelebihan, kekuatan malah kekurangannya. Pujian dapat diucapkan mengenai penguasaan seseorang itu dalam sesuatu perkara bagi meyakinkan kekuatan dan kelebihan yang mereka ada. Maka, mereka akan mengetahui kelebihan mereka dan akan mendorong meningkatkan keyakinan dan motivasi diri sendiri untuk berjaya. “Awak suka Bahasa Inggeris ya? Sebab saya lihat kamu amat berpotensi dan boleh dikatakan terbaiklah.” Jadi, si pelajar ini pun berkeyakinan dalam penguasaan bahasanya dan akan mendorong pelajar lain untuk belajar dengannya.
Manakala, pujian kepada kekurangan seorang juga dapat diucapkan dengan mencari kelebihannya yang lain. Sebab semua orang akan ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri, terpulang kepada kita dalam menilai. Seperti si A ni sukar untuk memahami subjek Biologi dan Matematik Tambahan. Bagi anda bagaimana? Susahkah? Maka, cikgu pun selalu memujinya atas usaha dan kerajinnanya dalam usaha untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan. “Awak ni semakin hari semakin menunjukkan peningkatanlah, rajin, tidak mudah putus asa, jadi saya doakan awak berjaya sentiasa”.
Walaupun pujian yang diberikan hanya lebih kepada hasil usahanya, tetapi ianya amatlah besar sebab terasa bagaikan masih ada yang menghargai dirinya. Tidak mustahil dengan pujian dan doa yang diberikan oleh seseorang akan mendorong dia berjaya malah lebih berjaya lagi daripada orang lain. Jadi, kalau nak puji seseorang itu pujilah dan cuba hargai diri orang itu agar dia lebih bersemangat dan termotivasi.